Wednesday, July 23, 2014

Kesihatan| Demam Denggi

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa. Dah nak habis ramadhan pun baru sempat nak wish selamat berpuasa. Dua minggu kena demam denggi. Kena denggi ni masa g puchong hari tu. Dugaan sangat bulan ramadhan ni. 10 hari terpaksa tinggal puasa. Serius memang sakit sangat demam denggi ni. Memula ingat demam viral je memandangkan sekarang musim demam. Hari pertama demam teruk sangat. En.suami balik keje terus dia bawak gi klinik. Then doktor pun amikla darah. Result dapat taw esok. Tunggu punya tunggu dia cakap xde denggi..syukur sangat tapi demam still tak juga kebah. Dah makan panadol pon same je. Esok nya dah cuti so balik kg..Kat kg pulak demam makin teruk. Sakit kepala, badan rase letih sangat. Sejuk sangat dalam badan. Then hari ke 3 en suami ajak gi klinik lagi amik darah. Then betul positive denggi. Doktor ckp kalau hr pertama demam amik darah memang xdapat detect kalau denggi. Bermula la hari2 ku pergi kelinik amik darah cucuk sana sini. Seminggu amik darah hari2 sampai tangan lebam. Darah plak xnaik2.. asyik kene marah je dengan doktor sbb xminum air banyak2.. denggi memang xde ubat ye. Kena banyak minum air je kasi platlet naik balik. Then en suami beli ketam hari2 pastu buat sup ketam. Rebus biase je letak serai letak bwg sikit. Bagus minum tu..nak lagi bagus beli ketam nipah. Pastu hari2 aku blend buah jambu batu minum air dia. Alhamdulillah 2 hari minum tu platlet dah semakin hari naik. Tapi still kene amik darah sampai doktor dah xtaw lagi nk cucuk kt mana sebab tangan aku dua2 dah lebam. Alhamdulillah minum air banyak2, minum sup ketam ngn jus jambu darah pun naik 198.. suami aku paling happy sbb aku dh bebas dari denggi n dia pon bole balik kl g keje..huhu..

Apepun denggi memang demam yang paling aku rase paling teruk and mengakitkan. Hati2 la dengan aedes ye kawan2..

Thanks suami ku syg sebab menjaga saya sepanjang saya sakit. Mak pon same..terima kasih banyak2..i lebiyuuu..muah2..

Monday, July 7, 2014

Part 1| Hari perkahwinan shida & hafizul

Assalammualaikum...

Lama betul xupdate blog. Sebabnyer terlalu sebok buat preparation untuk kawen. Alhamdulillah, 6jun2014 dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Ahmad Hafizul. Akhirnya setelah pelbagai dugaan yg datang kami bersatu jugak. Syukur pada mu Ya Allah. Aku harap rumahtangga ini akan kekal sehingga ke syurga. InsyaAllah aku cuba untuk menjadi isteri solehah kepada Ahmad Hafizul..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak, adik beradik, keluarga suami,saudara mara, sahabat handai yg banyak membantu dan hadir pada hari majlis. Terima kasih jugak atas hadiah dr kalian semua. Happy sangat.

Gambar belum siap lagi mungkin dalam 2 3 minggu lagi baru siap.. nanti dah siap aku upload lagi..