Tuesday, February 25, 2014

Istikarah cintaku

Ya Allah..aku bersyukur padamu atas apa yg telah KAU berikan padaku..

Ya Allah...aku bersyukur dengan segala nikmat kurniaanMu untukku..

Ya Allah..aku memohon padaMu, kekalkan hubungan pertunangan ini sehingga kami mejadi kekasih yang halal..

Ya Allah..lindungi dirinya dan diriku drpd melakukan perkara yg boleh merosakkan aqidah kami..

Ya Allah..aku memohon padamu berikan kami kesihatan yg baik, jauhkan kami dr segala bencana dan berikan keberkatan dalam hidup kami..

Aminn.. :)

Monday, February 17, 2014

Nikmat Allah.

Dulu aku selalu fikir macam mane mase depan aku. Sampai sekarang pon aku still fikir. Dulu mase zaman study aku selalu fikir ape agaknya nasib aku bile dh habos belajar, ape agaknya keje aku, aku bole ke drive kete, aku ade duit ke. Alhamdulillah  sekarang aku dh merasa kerja. Aku bersyukur dengan kerja aku sekarang, walaupun aku keje kontrak je tapi bersyukur sgt sebab duit aku xpernah putus. Allah bagi aku rezeki xputus putus. Aku boleh belanja ank2 buah aku, kakak2 aku, abang2 aku, mak aku..cuma ade rase terkilan sebab tak dapat belanja arwah abah aku. Tapi aku tetap bangga sebab kalau abah ade lagi aku sure abah akn bangga dengan aku. Aku boleh kumpul duit gaji aku. Alhamdulillah aku pandai berjimat walaupun kadang2 aku rase aku boros gila. Aku happy sebab aku boleh drive kereta arwah abah. Aku ingat dulu aku xmampu nk drive kt kl ni. Tapi aku hebat sebab aku berani hadapi semua jem kt kl ni. Bukan nak bangga tapi aku sendiri kagum dengan keyakinan yg aku sendiri tak pasti yg ade dlm diri aku. Alhamdulillah aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Terima kasih ya Allah kerana hadirkan seorang lelaki yang mampu membimbing aku ke jalan yg benar. Yang mampu mengubah keegoan aku. Yang mampu bersabar dengan segala kerenah aku. Yang selalu membuat aku rase gembira. Tak semua yg kita inginkan kita akan miliki. Tapi apa yg aku miliki hari ini aku bersyukur. Aku punya keluarga yang bahagia. Yang terlalu memahami aku. Yang terlalu mengambil berat akan aku. Yang selalu menjadi kekuatan untuk aku tatkala aku rasa ingin rebah. ALLAH..lindungilah mereka ini. Berikan mereka kesihatan yg baik. Berikan mereka kebahagiaa  di dunia dan diakhirat. ALLAH...pintaku agar kau peliharakan hatiku dr sifat tercela. Terima kasih ya ALLAH... :)

Wednesday, February 5, 2014

My e-day

Alhamdulilah sabtu lepas aku telah selamat menjadi tunangan orang. Majlis berjalan dengan sempurna. Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yg datang meraikan dan juga kepada pihak lelaki. Semoga ikatan pertunangan ni akan berkekalan hingga kejinjang pelamin. Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran telah kami berdua lalui akhirnya kami bertunang. Orang cakap dugaan bertunang lagi hebat dugaannya. Doakan agar kami berdua tabah menghadapi hari2 yang bakal mendatang.

Wednesday, December 25, 2013

Hati wanita

Wanita bukan untuk ditipu. Wanita bukan untuk di marah. Wanita bukan untuk di pukul. Wanita untuk disayangi. Wanita untuk di bimbing. Jika dia salah, pernah melakukan kesilapan maka bimbinglah ia ke arah yg benar. Kerana wanita adalah hiasan dunia.

Friday, November 15, 2013

Sahabat

Selemah lemah manusia adalah orang yang tak boleh mencari sahabat dan yang lebih lemah dari itu adalah mereka yang telah mensia-siakan sahabat yang telah dicari.

P/s:Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang baik untuk aku. Terima kasih sahabat. Buat sahabat yang tidak tahu menhargai erti persahabatan. Awak hanya sekadar kawan.