Sunday, July 22, 2012

salam ramadhan

Assalammualaikum :)

Hye semua.rasenyer belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat menyambut bulan ramdhan.Semoga di bulan yg mulia ini kite same-same mendapat keberkatan dari-Nya..Ni adalah ramadhan kali ke 2 tanpa abah.Sunyi memang sunyi, bile nak puasa je aku dh mula rase mcm nak nangis, sedih bile ingat kt arwah abah.Kesian kt mak sambut puasa sorang2 kt kampung.Nasib baik 1st ramadhan aku dapat jugak balik kg ngn abe atleast mak tak la rase kesunyian bersahur  and berbuka sorang2.Aku kene balik semula kt Shah Alam sbb aku amek intersesi untuk satu lagi subjek iaitu QMT, hemm sape suruh repeat kan so terpaksa la ambik time ni.Hopefully paper sem ni lulus semua and aku bole praktikal.Alhamdulillah tempat praktikal pon dah dapat.Aku dapat dekat Pj, company IT.InsyaAllah praktikal ni nak wt betol2 mane taw kalau dapat terus sambung keje kt situ lagi senang kan.Tak payah pening2 nak pikir cari keje.Semua company IT sekarang ni nakkan experience.Bagi aku, praktikal ni boleh membantu aku, walaupun kos aku xdapat nak transfer kredit praktikal mcm kos2 lain even mase diploma dulu dh pergi praktikal tp aku xnak merungut sbb aku yakin dan pasti semua ni pasti ade hikmah.InsyaAllah, lepas dh dapat keje nanti aku nak puaskan hati mak aku, balas jasa mak walaupun agak terkilan sebab tak sempat nak balas jasa abah tp aku redha sbb Allah lebih sygkan abah,mujur abah dapat rase duit anak2 yg lain cuma aku je abah tak sempat sbb aku je tgh belajar masa tu.Aku akan buktikan yang aku akan berjaya satu hari nanti.Then, barula aku pikir nak kawen.Sape tak nak kawen kan.Tp biarlah Ahmad kumpul duit dulu.Aku pon nak kumpul duit sendiri dulu sbb aku nak bile wedding aku nanti semua guna duit hasil titik peluh aku sendiri.Ok la dah jauh sangat berangan ni.Kawan-kawan, doakan agar aku berjaya ye. :)

Thursday, July 19, 2012

kenangan

Assalammualaikum :)

malam td tido mimpikan dia.start dr mula tido sampai pagi mimpikan dia.nak kata sebelum tido aku terbayang dia tak pon.tapi dia muncul dalam mimpi aku.lama dah kami tak berhubung.kadang-kadang ade rase rindu tu tp aku segan nak mulakan.mungkin dia tengah bahagia sekarang.aku tak nak jadi perosak.walaupun bukan niat aku untuk jadi perosak.ye, memang sakit sangat bila kita di tinggalkan macam tu tanpa sebarang alasan.kalau dulu dia layan aku baik sangat, kenapa skrg dia tinggalkan aku sorang2.Ye, mungkin dulu aku yang nak kan benda macam ni terjadi sbb aku tak nak lukakan hati orang2 yang aku sayang.Tapi bukan bermaksud aku nak dia lupakan aku.Sungguh aku rase kecik hati sangat.Aku rindu saat yang macam dulu.Aku nak macam dulu-dulu.aku teringin nak seorang abang yg umur tak jauh dari aku, yang aku boleh share masalah, share story2 aku.aku senang bile dier selalu ade dgn aku mcm dulu-dulu.Mungkin salah aku, dulu aku selalu pretend aku hebat, aku boleh lalui semua ni dgn tenang.Sekarang baru aku rase kesakitan itu.Dia pernah ckp kt aku yg dia sakit bila kehilangan aku n aku ok je.Tak, semua tu aku tipu je.Takpe lah aku terima semua ni.Aku doakan agar dia bahagia.

Wednesday, July 18, 2012

berakhir sudah...

Assalammualaikum :)

lama sungguh tak update blog.Bukan tak de story nak share tp tak de mase nak menaip.
Sumpah aku sangat bz sem ni.Sem akhir memang sangat mencabar. sibuk dgn final, sibuk dgn projek akhir tahun (fyp). Alhamdulillah, semalam dah present fyp.Aku hanya mampu berdoa agar examiner aku lembutkan hati bagi aku lulus and dapat grade yang baik. Aku dapat examiner yg sangat strict. Banyak jugak yg aku tak dapat nak jawab soalan dia. Skrg ni aku hanya mampu berdoa.Tak sabar sangat nak balik kampung nak jumpa mak, nak rehat puas-puas nak puasa kt rumah ngn mak..ok lah mata dah penat.nak tido.nanti ada masa aku taip lagi.
tata :)