Wednesday, August 28, 2013

kisah semalam dan hari ni :)

Assalammualaikum..

Hai all, hari ni pagi-pagi bangun feeling like hari ni hari raya. Hari ni AMD buat jamuan raya. So excited dr semalam awal-awal dah gosok baju raya. Eventnye ptg lepas keje. so pagi ni macam biasa lepas je meeting hati aku tenang sikit bole la update blog kejap..hehehe...

Nak story pasal semalam tengok citer THE CONJURING. Alahai dah lapuk pon citer tu shida oii. Tapi okla pe sbb still ade lagi dekat wayang. Yang sedihnya dekat GSC tak de citer tu yg ade dekat TGV. So terpaksala pegi dekat Bukit Tinggi Klang. Yang dekat-dekat semua tak kena time. Ade yg sebelum maghrib banyak la. Setelah dipikirkan terpaksala ambik pukul 9.45pm. Aku tengok dengan ima je sebab yg lain2 semua dah tengok. Kitorang je yg terlambat. No hal la yg penting dapat tengok. Masok je dalam wayang tu tetiba semua kena berdiri nak nyanyi lagu Negaraku. Mula-mula aku ngn ima mcm erkkkk tol ke nak bangun ni..last2 semua bangun kitorang pon bangun. Banggala sikit woih jadi anak Malaysia kan. Ade jgk la beberapa org cina yg tak bangun. Kerek betol diorang ni taw. Tapi ade jgk yg cina n india lain yg bangun. Kita kan 1Malaysia..hehehe..Baru teringat yg TGV akn nyanyikan lagu Negaraku sebelum tayangan bermula sempena bulan kemerdekaan ni sampai bulan 9 kot if i'm not mistaken la..huhu..

Okay skrg nk story pasal THE CONJURING. Sesape yang penakut tu tak pyh la pegi tengok. Sebab citer dier seram banget dong. Tapi hantu dia tak keluar sgt cume main kacau2 la..Citer ni based true story taw. Ade jugak la aku jerit2 terkejut..huhu tak dapat den nak cover2 sebab takot sangat. Kesimpulannya aku suka tengok citer ni. Aku kasi 4 star la for this movie.

Ok dah penat. Tak sabar nak tunggu lagi 2 minggu. Rindu banget dong sama dia..haha :)
Okay bai nak smbung buat keje.

Tuesday, August 27, 2013

Keroje

Assalammualaikum..

Lately kt opis banyak sangat keje. Sekarang tengah nk migration project. Sebelum nak migrate tu kene emel project owner dulu yg kite nak migrate dia punya project. Sape yg dapat project dh mmg ade nama project owner n business domain untung lar kan. Nasib aku kurang baik sikit sbb mostly project yg aku dapat sume takde benda tu. Terpaksala aku email team members project tu ask who is the project owner..huhu pastu respond nyer sangat la lambat. Yela nak buat cmne kan dh aku kne deal staf amd dekat austin, china, india kan. So respon pon slow la time tak same kan. Tak pela dah nama pon keje kan. Tu yang aku bole updaye blog ni..kadang2 tak banyak keje sempat la aku berblogging jap time ofis hour..hehehe..

Neway aku happy dengan kerja aku skrg. Alhamdulillah dapat keje dekat sini. Dah hampir 5 bulan aku kt amd ni. Kawan2 bos2 kat sini sume friendly. Thanks semua :)

Monday, August 26, 2013

7 cara untuk kembalikan semula kepercayaan dalam percintaan

1. Akui Kesalahan
Langkah pertama yang harus dilakukan adalah mengakui kesalahan Anda. Meminta maaflah kepada si dia dan beritahu kalau anda benar-benar menyesal. Ucapkan penyesalan itu dengan tulus dari hati dan siap untuk berubah menjadi lebih baik. Yakinlah, mengakui kesalahan akan membuat pasangan mulai mempercayai anda.

2. Tunjukkan Kalau Anda Menyesal
Setelah meminta maaf kerana sudah merosak kepercayaan pasangan, tunjukkan bahawa anda menyesal. Ingatkan diri sendiri agar tidak mementingkan ego demi memperbaiki hubungan. Kemudian, tidak mengulangi kesalahan yang sama untuk mengembalikan kepercayaan si dia.

3. Sabar
Semua orang susah untuk percaya lagi setelah dikhianati.Jadi, anda harus sabar menunggu si dia mengembalikan kepercayaan itu sedikit demi sedikit. Namun, bukan bererti anda hanya diam saja, perbaiki kesalahan yang telah diperbuat.

4. Berubah
Anda harus berubah untuk menebus kesalahan yang telah dilakukan. Tidak perlu mengubah seluruh sikap anda, tapi cukup perubahan kecil yang boleh mengembalikan kepercayaan pasangan, contohnya berusaha memperbaiki komunikasi anda setelah bertengkar dengan kekasih atau menjauhkan hal-hal yang boleh membuat pasangan kecewa.

5. Jangan Pernah Berbohong
Jika ingin dipercayai, jangan pernah berbohong sekalipun. Sekali anda bohong, susah baginya untuk mempercayai anda lagi. Oleh itu, berusaha mengatakan sejujurnya walaupun kenyataan tersebut ‘pahit’ bagi anda atau pasangan.

6. Jangan Sebarkan Masalah pada kawan
Jangan sesekali menceritakan permasalahan yang ada dalam hubungan ke laman sosial atau bercerita dengan semua teman anda. Kalau Anda menceritakan masalah kepada orang lain, mereka akan memberikan saran sesuai dengan yang mereka lihat. Hal itu bukannya membantu malah membuat masalah semakin panjang. Maka dari itu, cuba selesaikan masalah dalam hubungan hanya berdua dengan pasangan. kerana anda lebih mengetahui pasangan anda.

7. Jangan Buat Kesalahan yang Sama
Cara terakhir ini penting dilakukan agar pasangan percaya lagi dengan Anda. Jangan buat kesalahan yang sama sehingga buat si kekasih kembali kecewa. Berusaha semaksimal mungkin agar dia yakin kalau anda boleh diberikan peluang kedua.


p/s: Untuk awak kerinduan hatiku Ahmad Hafizul :)

Setiap yang terjadi antara kita berdua ada hikmah, Jadikan semua ini sebagai ujian dari Allah untuk menguji kehebatan cinta kita. Pengalaman telah mengajar saya dan awak erti sebenar cinta, kasih dan sayang. Kenangan telah mengajar kita erti kedewasaan sebenar diri kita. Sekiranya kita ditakdirkan bersama, InsyaAllah saat itu akan tiba, jika  tidak Redhakan ketentuan yg telah ditentukan oleh Pencipta. Andai awak jodoh saya yg telah tertulis di Luh Mahfuz,saat itu pasti akan datang. Senyumlah walau ia nya pahit kerana kepahitan itu sebenarnya adalah penawar. Kemanisan pasti akan menjelma kerana Allah tidak akan menghampakan hambanya... :) 


Sunday, August 25, 2013

Hari raya bersama kesayangan

Assalammualaikum ;)
Ni kisah semalam punya. Semalam amalina ajak pegi rumah dia buat open house. Macam biasa la kami kami pon berpakat nak pegi satu kereta je. Ida dgn boyfren dia dtg amek aku dulu pastu pegi amek nana pulak..yana dengan tunang dah sampai dulu dah. Kitorang pulak lambat sambat 2 jam haaa..nak buat cemane kan sbb nana kena jaga nenek dia kebetulan mak n ayah dia keluar beli barang. So terpaksa tunggu mak ayah nana balik dulu. Makan2 kuih raya kt umah nana dulu. Dah pukul 6 br start gerak gi umah nina.
Sampai je macam biase la si nina tunggu dengan muka garang mcm nenek2..haha. pastu pelok2 cium skit ok la dah xjd marah. Sampai je salam2 ngn ibu nina kitorg pon terus mkn. Lapar woo..jem lagi dalam kereta kan. Tambah sampai 3 kali teris aku. Sedap mak nina masak. Pastu dh kenyang2 tumpang solat sume jap. Pastu sambung balik borak2 gosip2 semua. Banyak sangat citer sampai citer artis pon kitorang gosip. Biasela tambah pulak dapat member yg sorang tu kalo bercakap non stop.
Kitorang dah kenal almost 6 years kot since diploma lagi. Pastu degree ddk serumah pulak kan. Susah senang suka duka sume dah same2. Sekarang memasing dah keje susah gile oh nk jumpe padahal nana nina tu satu area je tmpt kje kitorang dekat cyberjaya je pon. Yang si ida ni pulak rumah sebelah2 je dengan umah kakak aku. Tapi nk wt cmno kan dah semua sebok keje la dating la ape sume..kadang2 je la jumpe tapi selalu salah sorang mesti tak cukup. Ni pon tak cukup lagi 2 orang.yani and ain.
Tak pela sblm uolls semua kahwen kite jadik la macam budak2 sikit bile bergambor kan. Nanti bila semua dah kahwen memasing sibuk pegang anak pulak kan..
Neway thanks amalina sbb sudi menjemput kami2 datang beraya umah awak ye.. :)
ni bile dah start gosip2
ni tgh senyum2 nak amek gambar tetiba jurugambar tanya aku "dah berak belum"?semua pandang aku..haha
posing2 jap
ayu ayu gituuu :)
yang ni aku tataw nk wt caption hape.. :P
ni sebab syok sngt smpai tertunduk tunduk
dia ni memang suke dengki ttp muka org bila amek gambar

Saturday, August 24, 2013

Nilai setitis air mata

Air mata aku sangat bernilai. Setiap titis air mata aku sangat bermakna. Dulu aku seorang yang sangat susah nk keluarkan air mata. Kena pukul dengan mak sekuat mana pun aku tak kan kuar kan airmata aku. Sampai mak ckp aku anak yg degil. Bukan tak sakit tapi aku tahan. Pastu bila tido aku akan start mengigau. Bila dah besar pulak yang aku ingat aku nangis sampai tersedu sedan masa abah marah aku. Masa tu sehari sebelum aku masuk u dekat johor. Aku sedih sbb esoknya aku akn pergi jauh tinggalkan abah tapi abah pulak marah aku. Sampai mak datang pujuk aku. Pastu masa aku kena tinggal dekat segamat. Dah la aku datang lambat masa tu. So aku tak de kwn yg kenal. Pegi register semua dengan abe. Pastu masa dah dapat bilik sume mak tolong2 kemas baju aku. Maklumla anak manja. Masa tu abah tak ikot sebab abah br lepas potong kaki. Sampai je masa diorang dah nak balik mata aku dah start merah dah. Tapi aku tahan buat2 cool. Padahal dlm ht ni rase nk meraung. Sampaila bila kete diorg dah jalan aku pon air mata berjurai jurai turun macam air hujan.

Bila dah besar sikit aku jarang nangis. Sampai pernah ade kawan2 aku ckp hati aku keras. Bukan ht aku keras, aku pon punye hati dan perasaan cuma aku tak suka nangis depan orang. Selalu time tido la aku nangis bawah bantal. Aku nangis lagi aku dapat taw abah aku dah tak de lagi kt dunia ni. Time tu aku nangis sedu sedan tapi tak lama sbb pastu aku cool kejap. Pastu bila dah sampai kt umah time tu mmg tak bole tahan tengok sekujur tubuh badan abah kaku depan aku. Airmata aku mmg tak dapat dibendung lagi. Sampai kt kubur pon air mata aku tak kering2. Aku behenti sekejap je nangis tu pon sbb aku lap air mata coz nk cium pp abah. Sejak tu hati aku mudah tersentuh. Bila aku rindu abah aku akan menangis. Masa tu baru lah kwn2 aku nmpak diri aku yg sebenar.

Dah lama aku tak menangis. Tapi sekarang aku selalu nangis. Bukan sebab org marah ke ape tapi kadang2 bila aku kenang ape yg terjadi air mata aku meleleh je kt pipi. Pernah sekali masa dekat ofis dengar lagu je aku dah boleh mengalirkan airmata. Duduk termenung pon aku bole kuakan air mata. Bukan sebab air mata aku ni murah tapi sbb hati aku mudah tersentuh kot. Bukan jenis aku yg menggunakan airmata untuk ambil simpati orang. No! Totally I'm not type of that person. Aku nangis bukan saje2 kononya nak suruh org tu rasa kasihan mintak ihsan orang. Tapi aku nangis sbb aku sedih atau mungkin sbb aku kecewa..

Hari ni banyak yang aku dah belajar dan banyak juga kawan2 aku yang dah ajar aku harga setitis airmata. Percayalah aku akan mengalirkan airmata aku ni hanya untuk orang yang aku sayang dan penting dalam hidup aku.

Wanita ni hati dia mudah tersentuh. Hati dia macam kaca, mudah pecah kalau salah pegang atau tak dijaga dengan betol. Kadang2 menangis sepuas puasnya boleh buat aku tenang. Buat aku rasa lebih semangat. Untuk wanita disana, menangis bukan beerti kita kalah, bukan juga beerti menagih simpati tapi menangis bole menjadikan kita lebih kuat, lebih bersemangat untuk menghadapi hari2 yang bakal mendatang.

Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua yang bwrgelar Wanita :)

Friday, August 23, 2013

Pasangan ideal

Uji lah lelaki yang kita sayang dengan soalan2 yang pernah anda dan dia pernah ade kenangan bersama. Contohnya tarikh anniversary anda, lagu kegemaran anda, makanan kegemaran anda, benda yang anda minati, dan macam2 lagi yang anda rasa sesuai untuk diuji. Dari situ anda boleh menilai samada dia ingat semua or tak pasal diri anda. Mungkin tak semua dia akan ingat tapi percaya lah kalau tidak ada satu pon yang dia ingat, check semula hubungan anda dengan dia. Pasti ada sesuatu. Sebagai pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain no reason untuk dia lupa semua kegemaran or kenangan pasangannya. Itu tandanya dia tak bersungguh dengan anda. :)

Wednesday, August 21, 2013

Kawan adalah Anugerah

Kawan adalah anugerah. Kawan yang baik aman mencorakkan diri kita. Alhamdulillah aku punya kawan yg baik. Kawan yang ada masa aku susah. Kawan yang suka bantu aku saat aku kesempitan. Dari dulu aku memang senang dapat kawan. Aku seorang yg pemalu tapi mula2 je malu aku tu..lepas tu memang tak nampak lagi malunyer..hehe. dari sekolah lagi aku memang ramai kawan. Lepas tu masa belajar dekat johor pon aku ade ramai kawan sampai bila aku sambung degree dekat s.alam pon aku dapat kawan baru. Tapi aku stick dengan kawan aku dr diploma sbb kitorang satu rumah. Diorang la yg selalu ade dengan aku sampai skrg. Lepas tu aku dah keje skrg dekat amd ni pon aku dapat kawan lagi. Alhamdulillah kawan2 tempat keje semua baik2 n diorang semua dah matang. Secara tak langsung aku pon jadi matang. Mungkin sebab bergaul dengan kawan2 yg dah matang. Banyak yang aku belajar since dh keje ni. Terlalu banyak. Terima kasih kawan2..korang semua adalah anugerah Allah buat aku. Aku akan jaga persahabatan ini dunia akhirat.
kawan  diploma
kawan sekolah
kawan degree
kawan degree
kawan kerja


p/s:syukur Ya ALLAH kerana kau kurniakan aku kawan kawan yang baik baik.
Ya Allah, Pelihara semua kawan-kawanku.. :)

Sedih

Hari ni sedih sangat. Rasa nak menangis pon ade. Kenapa la aku dapat kawan macam dia. Aku jarang jumpa kawan yang makan kawan. Tapi kali ni aku dah jumpa kawan makan kawan. Tak pela jgn risau kawanku, hari ni kau buat aku mungkin esok lusa kau akan dapat balasan tu. Aku sedih sbb aku punya kawan mcm kau. Rezeki setiap orang Allah dah tentukan. Tak perlulah kau nak tutup rezeki aku sbb rezeki Allah tu meluas. Tengoklah baru tadi kau khianati aku tak sampai sehari pon kau dah dapat balasan. Aku ikhlas tolong kau. Setiap hari kalau aku doakan untuk kesenangan diri aku, aku takkan lupa doakan untuk kau jgk sbb aku pon nak tengok kita sama2 capai kejayaan. Tak sangka kau boleh khianati aku sampai mcm tu. Takpela aku dh maafkan kau. Sekarang ni aku lebih suka memaafkan org walaupun aku rasa kadang2 perkara tu amat menyakitkan. Aku doakan satu hari nanti kebenaran tu akan muncul..

P/s: jadilah wanita yang disegani orang atas usaha sendiri tetapi bukan atas penindasan ke atas orang lain.

Tuesday, August 20, 2013

Tuhan jagakan dia untukku :)

Lagu ni pernah dulu seseorang yang aku sangat sayang bagi kt aku. 
Sampai sekarang pun aku sayang dia. Hari ni aku pulak nak bagi lagu yang sama ni untuk dia..


Awak, hayatilah setiap bait ayat lirik lagu ini. Saya pernah menitiskan air mata masa pertama kali awk bg saya lagu ni. 
Dan hari ni sy pulangkan semula lagu ni untuk awk.
Walaupun saya jauh beribu batu dengan awk tp setiap doa saya ade bersama awk.. :)
Terima kasih untuk semua kegembiraan yg awak berikan pada saya.



Thursday, August 8, 2013

Ramadhan dan Syawal

Assalammualaikum..

Ramadhan pergi syawal kembali. Terlalu cepat masa berlalu. Ramadhan kali ini terlalu cepat rasanya. Alhamdulillah ramadhan tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidup aku. Alhamdulillah aku dapat menunaikan solat sunat tarawikh. Walaupun tak dapat menunaikan penuh sebulan namun aku aku bersyukur sbb ramadhan kali ni banyak ajar aku erti kehidupan yang hakiki. Terima kasih ya Allah atas segala yang kau berikan padaku hari ini. Syawal tahun ni aku sambut dengan sedarhana. Baju raya aku pakai baju konvo je. Buat apa nak membazir sedangkan baju tu aku hanya pakai sekali. Raya kali juga paling bermakna buat aku. Raya kali ni aku tak dapat lagi duit raya tapi aku yang bagi duit raya. Seronok sangat sebab dapat bagi duit raya dekat mak, dekat anak2 buah. Tiada yg lebih bahagia melainkan aku melihat org yang aku sayang gembira. Allah..terima kasih atas setiap pemberian yang kau berikan padaku hari ini..Ya Allah..berikan aku kegembiraan yang berkekalan hingga akhir hayatku..jauh kan aku dari rasa benci dan dendam.

Semoga syawal akan datang lebih bermakna buatku..amin.. :)

Monday, August 5, 2013

Hearty :)




Saat awak merasakan kita jauh,
ikat lah hati awak dengan rasa rindu dan yakinlah hati saya juga diikat pada rindu yang sama.

  :)


Terima Kasih :)





"Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu
kerana dia telah membuat hatimu kuat.
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu
kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu
kerana dia yg mengasah ketegaranmu.
Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu
kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu"

Saturday, August 3, 2013

Abah

Tahun ni akan sambut raya tanpa abah..Ni dah kali ke 3 beraya tanpa abah. Rindu sangat dekat abah. Rasa macam baru semalam sembang dengan abah. Rasa macam baru lagi abah tanya raya kali ni nak masak ape. Dah jadi rutin harian tiap tahun nak raya abah la org paling sibuk akan tanya semua orang raya nanti nak masak menu ape sbb abah nak beli barang. Sayunya hati ni tatkala raya datang lagi..

Tak pela Allah lebih sygkn abah..Abah pasti tengah gembira kat sana. Walaupun abah tak de lagi kt dunia ni tapi abah sentiasa ada dalam hati ni..

Al-FATIHAH untuk abah.. :)