Monday, August 26, 2013

7 cara untuk kembalikan semula kepercayaan dalam percintaan

1. Akui Kesalahan
Langkah pertama yang harus dilakukan adalah mengakui kesalahan Anda. Meminta maaflah kepada si dia dan beritahu kalau anda benar-benar menyesal. Ucapkan penyesalan itu dengan tulus dari hati dan siap untuk berubah menjadi lebih baik. Yakinlah, mengakui kesalahan akan membuat pasangan mulai mempercayai anda.

2. Tunjukkan Kalau Anda Menyesal
Setelah meminta maaf kerana sudah merosak kepercayaan pasangan, tunjukkan bahawa anda menyesal. Ingatkan diri sendiri agar tidak mementingkan ego demi memperbaiki hubungan. Kemudian, tidak mengulangi kesalahan yang sama untuk mengembalikan kepercayaan si dia.

3. Sabar
Semua orang susah untuk percaya lagi setelah dikhianati.Jadi, anda harus sabar menunggu si dia mengembalikan kepercayaan itu sedikit demi sedikit. Namun, bukan bererti anda hanya diam saja, perbaiki kesalahan yang telah diperbuat.

4. Berubah
Anda harus berubah untuk menebus kesalahan yang telah dilakukan. Tidak perlu mengubah seluruh sikap anda, tapi cukup perubahan kecil yang boleh mengembalikan kepercayaan pasangan, contohnya berusaha memperbaiki komunikasi anda setelah bertengkar dengan kekasih atau menjauhkan hal-hal yang boleh membuat pasangan kecewa.

5. Jangan Pernah Berbohong
Jika ingin dipercayai, jangan pernah berbohong sekalipun. Sekali anda bohong, susah baginya untuk mempercayai anda lagi. Oleh itu, berusaha mengatakan sejujurnya walaupun kenyataan tersebut ‘pahit’ bagi anda atau pasangan.

6. Jangan Sebarkan Masalah pada kawan
Jangan sesekali menceritakan permasalahan yang ada dalam hubungan ke laman sosial atau bercerita dengan semua teman anda. Kalau Anda menceritakan masalah kepada orang lain, mereka akan memberikan saran sesuai dengan yang mereka lihat. Hal itu bukannya membantu malah membuat masalah semakin panjang. Maka dari itu, cuba selesaikan masalah dalam hubungan hanya berdua dengan pasangan. kerana anda lebih mengetahui pasangan anda.

7. Jangan Buat Kesalahan yang Sama
Cara terakhir ini penting dilakukan agar pasangan percaya lagi dengan Anda. Jangan buat kesalahan yang sama sehingga buat si kekasih kembali kecewa. Berusaha semaksimal mungkin agar dia yakin kalau anda boleh diberikan peluang kedua.


p/s: Untuk awak kerinduan hatiku Ahmad Hafizul :)

Setiap yang terjadi antara kita berdua ada hikmah, Jadikan semua ini sebagai ujian dari Allah untuk menguji kehebatan cinta kita. Pengalaman telah mengajar saya dan awak erti sebenar cinta, kasih dan sayang. Kenangan telah mengajar kita erti kedewasaan sebenar diri kita. Sekiranya kita ditakdirkan bersama, InsyaAllah saat itu akan tiba, jika  tidak Redhakan ketentuan yg telah ditentukan oleh Pencipta. Andai awak jodoh saya yg telah tertulis di Luh Mahfuz,saat itu pasti akan datang. Senyumlah walau ia nya pahit kerana kepahitan itu sebenarnya adalah penawar. Kemanisan pasti akan menjelma kerana Allah tidak akan menghampakan hambanya... :) 


1 comment:

Anonymous said...

tolong bgi idea untuk kembalikan percayaan kekasih saya..