Monday, September 30, 2013

Khas untuk awak

Saya faham perasaan awk sebagai seorang wanita yg apabila kekasih awk tinggalkan awak sebab pergi dekat perempuan lain.
Saya tahu awak tak knl sy tp sy knl awak..saya selalu stalk awk sbb kisah cinta awak terlalu menonjol dekat fb. Kdg2 sy tahu awak terlalu happy dengan kekasih awak kn.sampai setiap perkara awak nk post gambar tp percaya lah tak semua suka. Saya ckp sbb dulu sy pon mcm tu. But now saya dah realize yg semua tu sbnrnya akn membuat ramai yg mendoaknan kehancuran hbgn kita. Lebih baik diam dah sampai masa kita jemput org ke majlis kita...

Tak pe lah awak kene kuat. Belajar dr kesilapan. Saya penah rasa sakit. Orang yg paling kita sayang berpaling tadah tetiba. Orang yg kita impikan untuk bersama tetiba bersama org lain. Itu adalah perkara yg menyakitkan. Saya harap awak buangkan ego awak kalau awak betol sygkn dia. Kalau awak yakin dia masih sygkn awak dan awak yakin dengan hubungan awak, fight berhabisan. Mmg nmpak mcm bodoh. Macam dah takde laki lain kt dunia ni tp kalau awak yakin dia jodoh awak. Go n fight for him..

Awak..dalam dunia ni Allah akan uji kita dengan ujian2 yg DIA rasa kita mampu hadapinya. Jangan tunjuk kelemahan awak. Kesilapan saya dulu ialah saya terlalu tunjuk kelemahan saya. Sampai saya tak jaga makan minum saya. Berat badan saya susut berkilo kilo. Saya faham ht wanita. Walaupun kita tak pernah bercakap hanya berkawan dlm fb tapi sy faham ape awak rasa sekarang..jgn bersedih. Mungkin apa yg berlaku ada hikmah. Ini ayat yg semua org bg dekat saya. Tapi mmg betol. Semua yg berlaku ada hikmah. Cinta saya makin hari makin bertambah. Saya belajar dr kesilapan lepas. Belajar untuk menghormati org. Belajar menjadi yg lebih baik...

Awak, jadilah wanita yg punya maruah diri. Tak perlu bgtahu semua org kt fb awak ttg hbgn awak skrg ni. Sebab tak semua kesiankn kita. Lebih ramai yg gelakkan awak. Diam lebih baik daripada bersuara.

Berdoa pada Allah agar setiap yg terjadi akan ade penyelesaiannya...

P/s:saya menulis melalui pengalaman..

Sunday, September 29, 2013

Happy Birthday :)

Dear Love,
Sending you special birthday wishes as you’re very special to me...

Love,
A kiss here a kiss there, many kisses for your birthday. Enjoy your day and let people enjoy your smile!
Sending you special birthday wishes as you’re very special to me.

Love,
A small message will remind you of my love for you and desire for you to be happy.A smile can be the beginning of a friendship. A touch can be the beginning of a love. A person like you, makes life worth living. Happy birthday, darling.

Love....
Although my calendar tells me that today I have to tell you how much I love you, I hope you know I love you every day of the year, far more than simple words can express.


Happy Birthday to my Dearest Love,
May Allah bless you always..
Success in your life...
Happy always...
 :)

Wednesday, September 25, 2013

AMD BOWLING TOURNAMENT

Hello..

Ni gayanya bila aku dipaksa kena main boling. Bukan main saja saja taw tp ni tournament. Nak buat cemane kalau dah yg paksa tu bos. Nak tak nak redho jela..

Orang kata boling ni game paling senang. Kalau mcm aku ni yg seumur hidup pgg bola pon tak reti diorang kate no worries la shida..you just throw the ball sajeee...ok sound nice la macam simple amek bola hayun je..haha but bola tu dah la berat. Macam aku yg comel2 ni sesuai la amek bola nombor 8. Mula mula baling macam biase go to longkang..lame2 skit baru la ade improvement sikit. Ok la team aku sume on mcm tak hebat. Main just for fun la kan..

Jake dominguez ngan wife dia pon main..hebat diorang ni mesti selalu main ni.haha..
Sekali sekala AMD buat event cam ni bes la jgk kan..dapat eratkan silaturrahim..

Yang pasti aku balik je smlm tangan ni dah krem sebelah. Sampai nk suap nasi pon lemah tp wat lek je..haha...

Wednesday, September 18, 2013

Chocberriessedap

Hye readers..

Now, I'm back to my old URL which is chocberriessedap.blogspot.com..
Jiwa dah sebati dengan URL ni.
Tersangat bermakna url ni sebenarnya.


:)



Tuesday, September 17, 2013

happy weekend

Assalammualaikum..

Kali ni nak story pasal cuti 3 hari minggu lepas.Cuti yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba..haha.Awal pepagi dah bangun pegi ambik buah hati kesayangan hamba.Sorry ye awak saya tertido tak sedar langsung nasib baik awk call.Sori jugak sebab selalu buat awak tertunggu lame..hehehe.

Almost 2 months tak bersua, finally kali ni dapat jumpe..yeayy.Saya hampir lupa wajah awk..cecece poyo gila. Tapi awak same je still macam tu jugak cuma gemok sikit la berbanding masa bulan puasa hari tu..haha..
Tapi saya rase saya lagi gemok.kakaka :)

Kali ni hampa dan kecewa lagi sebab tak dapat jugak nak naik river cruise sebab hujan mencurah-curah malam tu.Baru je nk feeling-feeling pegi paris last-last lepak kt kedai makan je..emmm kuciwa.

Tapi happy balik sebab kali ni dapat hadiah.Thanks awak, for the owsem gifts.Saya suka sangat.Sepatutnya saya bg awk sbb birthday awak tak lama lagi kan, tapi terbalik pulak.haha.Don't worry ok nanti dah sampai masa saya bg la hadiah yang awak nak tu..

Anyway,thanks sebab awak datang jumpa saya, bawak saya jalan-jalan tengok pantai, bawak saya naik river cruise walaupun tak dapat tapi tak pelah asalkan awak sentiasa ade disisi saya..acececece terjiwang pulak pagi-pagi ni..




Thursday, September 12, 2013

PEREMPUAN PERAMPAS

Pernah ada jugak kadang-kadang dalam hati ni rasa nak mengamuk. Rasa benci sangat dekat perempuan yang suka merampas. Aku memang tak suka perempuan yang bergelar PERAMPAS. Sebab bagi aku status PERAMPAS tu hina sangat. HINA sebab dia akan menghancurkan perasaan orang lain. Tambah-tambah kalau si PERAMPAS tu adalah perempuan.

Okay lah sekarang aku nak cerita sikit dekat PERAMPAS-PERAMPAS di luar sana yang terutamanya mereka adalah dari kalangan wanita. Aku sebagai wanita, aku sangat memahami hati wanita saat dia tahu diri dia di duakan.

Cuba bayangkan hati perempuan mana yang tak remuk bila ada perempuan lain call dan bagitahu yang dia dah terlalu sayangkan pasangan anda.Contohnya buat ayat macam tak bersalah macam ni, "awak,maafkan saya.saya tak tahu macam mana semua ni boleh terjadi.Mungkin Allah nk temukan kami dalam keadaan macam ni.Mungkin dia jodoh saya".

oh PEREMPUAN, jangan guna nama ALLAH bahawa semua ini ketentuan-NYA sedangkan awak tahu awak telah merampas. Bukan ini caranya untuk awak tunjukkan kebaikan awak. Ini bukan cara menutup segala kejahatan awak.

Atau perempuan PERAMPAS hantar msg macam ni "awak, izinkan saya bahagiakan dia sbb saya dah terlalu sayangkan dia". Atau pon macam ni "Maafkan saya, saya dah call dia tadi and dia cakap dia dah pilih saya".

Huuuuaaaaa..Perempuan macam ni pon ade ke?Wahai perempuan yang bergelar wanita, kenapa awak terlalu hina macam ni?Pernah tak awak fikir kalau satu hari nanti awak jugak akan dapat balasan macam ni? Atau mungkin awak dah dapat pon balasan macam ni dan awak masih tidak berhati perut masih nak lukakan hati sesama wanita?

Aku cakap based from experience kawan-kawan dan org sekeliling.Mungkin sebab aku PEREMPUAN jadi aku lebih memahami hati PEREMPUAN. Aku bukan nak cakap besar tapi kalau aku diberi peluang untuk mengenali dengan lelaki yang sudah berstatus berpunya aku takkan cuba untuk dekati. Sebab aku tahu once aku melayan, perasaan dua hala akan wujud dan dr situ akan bermula la episod RAMPAS MERAMPAS.SI LELAKI jugak sepatutnya kena main peranan, mungkin hal ini akan berlaku disebabkan ade feedback dr diorang. Cuma kadang2 ada cara untuk kita elak. Mana yang boleh avoid sila lah avoid sebelum terlambat.

Hati perempuan sangat sakit bila cinta dikhianati. Susah lagi untuk memberi sepenuh kepercayaan. Wahai lelaki, fikirlah sewarasnya sebelum anda membuat keputusan.

Dan untuk perempuan disana yang mempunyai niat atau telah pun menjadi PERAMPAS, fikirlah perasaan wanita lain yang akan anda sakiti. Sekali anda buat jahat kepada orang lain, sepuluh kali anda akan dibalas dengan kesakitan yang lagi teruk. Jadilah wanita yang punya maruah diri, yang akan membela nasib wanita lain, yang meletakkan nilai dirinya tinggi di mata lelaki.






Tuesday, September 10, 2013

Doaku Untukmu Sayang – Wali Band

Assalammualaikum.. :)

Hai awak, saya nak request lagu boleh? Saya suka sangat ni dengar lagu ni..hari ni je dah 15kali dengar lagu ni..syok banget dong..bikin gue mau tido dengarin lagu ini..haha..



Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang


Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

(Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti


Tak kan Pisah :)

Lagu ni khas untuk orang yang saya sayang selalu. 
Awak, walau sepahit manapun hubungan cinta kita, satu saya nak awak tahu dalam hati saya tak pernah ade mana-mana lelaki pon selain awak.
 Percaya lah, saya cintakan awak dari mula saya kenal awak sehingga sekarang dan saya berharap sampai syurga kasih sayang kita.

Walau apa juga cabaran dan dugaan yang bakal mendatang nanti, 
saya takkan berpisah dengan awak. :)


Sayang aku ingin berbicara kepadamu
Tentang apa yang tengah aku rasakan
Ada apa, ada apa katakanlah semuanya
Ku kan dengarkan duhai cintaku

Bila nanti orang tuamu meridhoi dengan
Apa yang ku rasakan padamu
Semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
Begitu pun orang tuaku

Kau takkan tinggalkanku
Takkan pernah, sayangku
Janjimu janjiku untukmu

Takkan ada yang pisahkan kita
Sekali pun kau telah tiada
Akan ku pastikan
Ku kan memeluk menciummu di surga

Jangan kau pergi tinggalkan aku
Bawa aku ke mana kau mau
Janji ku padamu
Jiwa dan ragaku mati pun ku mau


Sunday, September 8, 2013

Harga Minyak naik

Assalammualaikum..

Harga minyak naik dah dekat seminggu dah pun tapi hr n8 baru aku nak pos entry pasal ni. Ingat tak de efek ke kt aku pasal harga minyak naik. Dua kupang tu wei ingat sikit ke. Kalau dulu seliter rm 1.90 skrg dah jadi rm2.10.. banyak tu woiii. Kalau dulu mungkinla kalau harga minyak naik aku macam tak ambik port sangat pon. Tapi sekarang bila aku sendiri adalah pengguna minyak tegar baru lah kini terasa kebahangannya kenaikan harga minyak ni. Kalau dulu aku isi rm30 minyak dekat middle tp skrg isi rm40 br dekat middle.Fuhhh dahla miss kemb aku tu makan minyak. Takpelah nak buat camno kan dah pemerintah kita nak jugak naik harga minyak. Nak lawan pon sapalahhh kita ni..Peancapaian diutamakan rakyat dikemudiankan lah katakan..huhu..

So sekarang semua pon dah naik harga. Marilah kita berjimat cermat demi masa depan sendiri.. Peace No War :)

Friday, September 6, 2013

Seven days only

Assalammualaikum..

Ok sekarang jam dekat laptop 4.30pm..45 minit lagi nak balik.Sakit tekak ni rasanya dh mcm nak tersembur anak tekak ni.Lambatnyer masa berlalu hari ni.Macam biasa la hari jumaat even aku ade keje bertimbun pon aku buat mcm cool je sebab excited nak cuti hoiii.

Okla dok kt meja ofis sorang2 sebab jiran sebelah asyik naik atas je. Terpaksalah layan hotFM. Sambil tu dok menghitung hari nak jumpe orang jauh..ellehhh jauh la sangat..

Ok takpe tak lama dah..TUJUH hari je lagi..