Thursday, September 12, 2013

PEREMPUAN PERAMPAS

Pernah ada jugak kadang-kadang dalam hati ni rasa nak mengamuk. Rasa benci sangat dekat perempuan yang suka merampas. Aku memang tak suka perempuan yang bergelar PERAMPAS. Sebab bagi aku status PERAMPAS tu hina sangat. HINA sebab dia akan menghancurkan perasaan orang lain. Tambah-tambah kalau si PERAMPAS tu adalah perempuan.

Okay lah sekarang aku nak cerita sikit dekat PERAMPAS-PERAMPAS di luar sana yang terutamanya mereka adalah dari kalangan wanita. Aku sebagai wanita, aku sangat memahami hati wanita saat dia tahu diri dia di duakan.

Cuba bayangkan hati perempuan mana yang tak remuk bila ada perempuan lain call dan bagitahu yang dia dah terlalu sayangkan pasangan anda.Contohnya buat ayat macam tak bersalah macam ni, "awak,maafkan saya.saya tak tahu macam mana semua ni boleh terjadi.Mungkin Allah nk temukan kami dalam keadaan macam ni.Mungkin dia jodoh saya".

oh PEREMPUAN, jangan guna nama ALLAH bahawa semua ini ketentuan-NYA sedangkan awak tahu awak telah merampas. Bukan ini caranya untuk awak tunjukkan kebaikan awak. Ini bukan cara menutup segala kejahatan awak.

Atau perempuan PERAMPAS hantar msg macam ni "awak, izinkan saya bahagiakan dia sbb saya dah terlalu sayangkan dia". Atau pon macam ni "Maafkan saya, saya dah call dia tadi and dia cakap dia dah pilih saya".

Huuuuaaaaa..Perempuan macam ni pon ade ke?Wahai perempuan yang bergelar wanita, kenapa awak terlalu hina macam ni?Pernah tak awak fikir kalau satu hari nanti awak jugak akan dapat balasan macam ni? Atau mungkin awak dah dapat pon balasan macam ni dan awak masih tidak berhati perut masih nak lukakan hati sesama wanita?

Aku cakap based from experience kawan-kawan dan org sekeliling.Mungkin sebab aku PEREMPUAN jadi aku lebih memahami hati PEREMPUAN. Aku bukan nak cakap besar tapi kalau aku diberi peluang untuk mengenali dengan lelaki yang sudah berstatus berpunya aku takkan cuba untuk dekati. Sebab aku tahu once aku melayan, perasaan dua hala akan wujud dan dr situ akan bermula la episod RAMPAS MERAMPAS.SI LELAKI jugak sepatutnya kena main peranan, mungkin hal ini akan berlaku disebabkan ade feedback dr diorang. Cuma kadang2 ada cara untuk kita elak. Mana yang boleh avoid sila lah avoid sebelum terlambat.

Hati perempuan sangat sakit bila cinta dikhianati. Susah lagi untuk memberi sepenuh kepercayaan. Wahai lelaki, fikirlah sewarasnya sebelum anda membuat keputusan.

Dan untuk perempuan disana yang mempunyai niat atau telah pun menjadi PERAMPAS, fikirlah perasaan wanita lain yang akan anda sakiti. Sekali anda buat jahat kepada orang lain, sepuluh kali anda akan dibalas dengan kesakitan yang lagi teruk. Jadilah wanita yang punya maruah diri, yang akan membela nasib wanita lain, yang meletakkan nilai dirinya tinggi di mata lelaki.






1 comment:

Anonymous said...

Saya adalah mangsa kepada perampas ini. 11 tahun sy bersama si dia, susah dan senang.. Walaupun jarak beribu jauh, tak terdetik utk sy berlaku curang. Namun apa daya sy, sgala kasih syg yg sy curahkan tak dihargai sama sekali. Sy diputuskan sbulan selepas anniversary kami. Alasannya, tidak ada hati lagi, tak mampu bhagiakan sy, dan ingin bebas buat smentara waktu. Kurang sebulan selepas itu, sy dpti dia dah ada org baru.. Rupa2nya selama ini mereka berdua mmg rapat. Sedih kan, bila ada insan yg mengambil kesempatan, dan menanti hubungan kita yg berantakan. Sehingga sekarang,saya hanya mampu menangis...Sy jg mempunyai ramai kawan lelaki,tp sy ada batas..Sy letakkan diri sy di tpt pasangan kwn lelaki sy... Apa akan tjadi kalau org merampas hak kita...