Friday, July 26, 2013

Assalammualaikum..
Hari ni sampai je ofis buka emel serabut tengok banyak sangat ticket nk kena solved. Pastu ade meeting pulak..memang stress sbb keje last week tak settle lagi. Newsletter bulan 6 tak siap lagi. Ni la akibatnya kalau hal peribadi campur aduk dengan hal keje..kawan2 plis jgn tiru macam saya.
Okay tadi chatting gune im ofis dgn kawan keje..asalnye berchat nak dapatkan step untuk control job fail..maklumla sy budak baru belajar. Last2 bile dh ujung2 tetibe dia bg advise sikit dkt sy..advise yg sgt2 membina. Mungkin dia penah alami situasi yg saya alami skrg ni. Ade 2 benda yang dia nk saya ingat. Yang pertama dia pesan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik, begitu jgk sebaliknya. Yang kedua dia suruh saya jangan melebihi cinta kepada pencinta berbanding pencipta. Lama saya fikir. Betol ape yang dia cakap. Selama ni mungkin saya ada buat salah. Saya lalai. Sebab ALLAH sygkan saya jadi dia turunkan ujian ni. Perit rasa hati ni bile kena tipu. Baru nak percaya kena tipu lagi. Itu adalah yang amat menyakitkan.
Mungkin salah saya. Tapi saya dah sedar. Saya sedar akan kesilapan saya. Manusia boleh berubah anytime. Sebab pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya. Alhamdulillah saya betul2 nak berubah. Berubah kearah kebaikan kerana Allah S.W.T. Bukan kerana manusia. Tapi perubahan ini adalah kesan dari manusia yang telah menyedarkan saya.
Biarlah saya meminta maaf beribu kali pun walaupun kadang kala saya rasakan bukan salah saya seorang. Namun itu lebih baik untuk memaafkan.
Hari ini saya dapat rasakan perubahan pada diri saya. Saya lebih mengenali siapa saya yang sebenarnya. Kelemahan saya. Kevurukan saya. Kekuatan saya. Kebaikan saya. Terima kasih Allah atas segala ini.
P/s:untuk kawan saya yang bernama siti, saya janji akan ingat segala nasihat yang awk berikan.
:)

No comments: