Assalammualaikum :)
Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk melihat dunia hari ni. Masih di beri kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang yang penuh dengan dugaan. Pagi yang indah harus aku nikmati dengan sebaiknya. Hari bahagia datang lagi walaupun aku terpaksa lalui saat-saat yang sukar bagi aku. Satu aku percaya bahawa setiap manusia tidak pernah ada yang sempurna dan setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Aku sendiri pernah buat kesilapan, mungkin Allah sayangkan aku. Sebab tu Allah bagi aku dugaan yang berat macam ni sbb Dia nak aku berubah. Kalau dulu fikiran aku tak sematang macam perempuan lain. Kalau dulu aku bile cakap main sembur je. Tapi sekarang aku sedar kekurangan aku. Aku belajar dari kesilapan. Dulu aku pentingkan diri kalau bercakap ikot sedap mulut aku walau setiap ayat yang terkeluar dari mulut aku tu takde satu pon yang aku maksudkan. Tapi tak semua orang faham hati kita. Dan sekarang aku sedar bahawa aku pernah buat silap. Dan aku mengakui salah silap aku. Terima kasih YA ALLAH kerana kau telah turunkan aku ujian ini dan kini aku sedar..Alhamdulillah hubungan kami masih kekal hingga ke hari ini. Aku belajar dari kesilapan lepas dan dia belajar dari kesilapan dia. Sama-sama berubah demi kebaikan masing-masing. hidup ini indah jika kita ikhlas dalam menghayatinya. Terima kasih Ahmad Hafizul sebab hadiahkan saya sepasang telekung sembahyang.InsyaAllah awak nak tengok saya pakai untuk teraweh nanti kan. InsyaAllah jika diberi peluang kita akan solat teraweh sama-sama nanti..Hadiah ni adalah hadiah yang terpaling saya tunggu-tunggu dari awak..Terima Kasih :)
No comments:
Post a Comment