Sunday, July 28, 2013

Zakat fitrah

Alhamdulillah tahun ni dah bayar zakat fitrah. Seumur hidup saya ini adalah kali pertama saya bayar zakat fitrah untuk diri sendiri. Sebelum ni arwah abah yang bayarkan. Tahun lepas abah dah meninggal so abe yang bayarkan. Tahun ni saya dah kerja. Saya dah ade duit sendiri. Jadi saya bayar sendiri. Pergi tanye amil tu camane nak bayar zakat, saya ni 1st time. Amil tu senyum je. Pastu dia suruh duduk. Dua suruh baca ayat no 1..lepas saya baca ayat tu dia bacakan doa untuk saya.. alhamdulillah rase bersyukur sgt sbb dah selesai bayar zakat.

Kadang-kadang saya rase bertuah sbb setiap yang berlaku ade hikmah. Contoh macam kakak-kakak saya diorang tak pernah bayar sendiri zakat fitrah. Sebab dulu semua abah yang bayarkan. Lepas tu dah kawen suami diorang bayarkan. Macam saya, saya dh bole bayar sendiri. Saya tak nak mengharap abang saya lagi sbb saya dah bekerja kan..

Hidup ni sebenarnya indah kalau kita menikmatinya dengan seikhlas hati. Lebih indah kalau kita berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu. Percayalah Allah tak akan mempersiakan setiap doa hambanya.

Yakinlah bahawa setiap orang berhak untuk merasa bahagia. Diri kita yang akan mencorakkan kehidupan kita. Bertaubat lah selagi kita masih bernyawa kerana pintu taubat tak pernah tertutup untuk kita..

No comments: