Tuesday, July 19, 2011

hari ke-100

 

hari ni genap 100 hari pemergian abahku yg tercinta yg telah kembali ke Rahmatullah pada 10 april yg lalu..
pagi2 lagi lepas subuh,aku dah siap mandi sebabnyer nak ziarah kubur arwah abah..
kena pegi pg2 coz tak panas..
aku pegi dgn mak..
pejam celik pejam celik dah 100 hari arwah abah pergi meninggalkan kami..
tp ingatan aku kt abah sikit pon tak pernah luntur..
pagi ptg siang mlm ingat kt abah..

senyuman abah,suara abah masih terbayang2..
bila pndang kerusi roda abah mcm ternmpak2 abah tgh ddk atas tu..
bile pandang ubat-ubat abah sayu rase hati ni..
bile tengok katil abah sebaknyer rase..
bile rindu aku sedekahkan Al-fatihah kt arwah abah..

mak kata hari ke100 ni org dalam kubur akan bercerailah kulit dan daging meninggalkan tulang,,
sedihnyer biler dgr mcm tu..
hanya doa yg dapat aku sedekahkan kt arwah abah..
semoga arwah abah akn tenang di sana dan rohnya sentiasa dicucuri rahmat-Nya..

insyaAllah hari sabtu ni rumah aku akan buat kenduri tahlil untuk arwah abah..

-KEMATIAN ITU ADALAH PASTI-

4 comments:

nashanadz said...

moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang beriman.. insyaALLAH.. al-Fatihah

shieda said...

amin..thanx akk.. :)

iday said...

Alfatihah untuk ayah ko Shida,,
moga rohnya dicucuri rahmat :)

shieda said...

thnx ida..:)