Wednesday, July 6, 2011

rindu.sayang.sedih.menangis.

assalammualaikum..
lame sungguh aku tak update blog ni..
bkn sbb aku xde citer..banyak sangat..cuma aku xtahu nape aku xde
mood langsung nk kongsi n sumer..
hidup aku skrg dah x macam dulu..
mungkin orang nampak aku bahagia,boleh gelak kuat2,bole gurau2,
tp hakikatnya aku tak happy dengan sumer tu.aku buat mcm tu sbb aku
nak tipu diri aku yg kononnya aku hepy.
tp sbnrnyer aku sedih,hidup aku kosong.mgkin ape yg aku rase skrg ni
mcm org yg pts cinta.
tp aku bkn putus cinta.aku kehilangan orang yg terpaling aku sayang
dalam hidup aku.bukan aku meratapi pemergian arwah abah.bukan aku
nak melawan takdir.bukan aku tak merelakan pemergian arwah abah.cuma
aku sedih.aku sedih sbb aku dah janji ngn abah nak balik jaga abah
masa cuti sem.abah pergi terlalu awal.lagi seminggu aku dah nak balik
sbb mase tu cuti study week tp abah dah pergi dulu..aku menyesal.
penyesalan yang akan aku ingat sampai bila2.
kali terakhir aku jumpa abah masa abah masuk hospital sebulan sblm
abah meninggal.masa tu hati aku dah tak sedap.tp aku kuatkan hati.aku xnak pikir yg bukan2.
masa nak salam abah aku x cium abah.selalu aku akan cium abah.
tp hari tu aku tak tahu nape aku jadi macam tu.aku menyesal sangat.
kalau bole masa diundurkan,aku nak peluk cium abah,nak jaga abah.
aku sanggup berhenti belajar.asalkan aku dapat bersama abah.
tp tu sume mustahil.sesuatu yang pasti tak akan terjadi.
seminggu sebelum abah pergi abah nampak sihat sangat mak cakap.
bayangkan abah boleh drive pegi hntar anak seddara aku gi skola.
sedangkan abah xbole berjalan pon.luka kt kaki abah pon dah x menanah lagi.
dah ok pon.sape sangka abah bole pergi dgn begitu cepatkan.
itulah Kuasa ALLAH S.w.T.dua hari abah xbole kencing tp mak ingatkan
biasa2 je coz before ni pon abah selalu jd mcm tu.
mlm tu abah nak sangat abe(abang) balik.then bile ajak gi hospital abah xnak pegi coz dia ckp
takt t kne tahan kt hospital.so abe ngn acik bwk g kelinik swasta je.mlm tu abah teringin nk mkn capati
tp capati yg kt kedai abah nak tu x bukak.so abah xnk sbb dia nak kt kedai tu jer..
dalam kul 12 abah buang air besar banyak sangat mak ckp..abah dah xlarat nak bangun so abah buang dalam pampers je.
mlm tu abe,mak ngn acik yg bersihkan abah.aku, along n kakak masing2 ade kt kl.
mak x kata pon abah makin teruk,so kitorang ingat abah ok.aku tahu mak pon x sangka yg malam tu adalah mlm terakhir abah..
lps abah dah bersih dia mintak mak buatkan secawan air susu.lepas tu die suruh abe padamkan semua lampu sebab dier penat katanya..
tak sangka tu adalah mlm terakhir abah tido kt rumah..abah pergi dalam tido.mudah sungguh abah pergi langsung x susahkan kami..
pagi tu dalam pukul 4.30 pg mak pegi cek air kencing abah.rupanya masa tu abah dah xde.patutla mak kejut abah langsung xsedar..
pagi tu jugak aku dapat kol dari abang ipar aku.mase tu aku xpercaya langsung yg abah dah xde.aku xnk balik pakai baju kurung.sbb aku nak pegi hospital.
aku taw abah ade lagi.abah cuma sakit kt hospital.tp tu sume khayalan aku.hakikatnya abah dah meninggal dunia.abah dah kembali ke Rahmatullah..
sampai je kt taman aku,aku nmpak makcik2 berjalan pakai baju kurung.aku tipu lagi diri aku.aku ckp diorg sume nak gi kenduri bkn rumah aku.biler sampai
depan rumah aku tengok ramai orang depan rumah aku.menitis air mata aku bila aku nampak keranda,tempat mandikan mayat betol2 depan mata aku.
YA ALLAH..nak pengsan aku tp aku kuatkan hati.masuk je rumah aku nmpak sekujur tubuh badan abah kaku.makcik2 baca yasin tepi abah.masa tu air mata aku dah xdapat
nak bendung lagi.aku masuk bilik.tukar baju kurung.aku sedekahkan yasin untuk abah..aku cium abah 2 kali.sebelum abah dikafankan aku cium abah lagi sekali
buat kali terakhir.wangi sangat abah.muka abah bersih sangat.abah pergi dalam keadaan yang senyum..sucinya wajah abah..semoga arwah abah dicucuri rahmat..
YA ALLAH, ampunkan segala dosa arwah abahku.YA ALLAH,tempatkan arwah abahku dikalangan orang2 yang soleh dan beriman.YA ALLAH,jauhkan arwah abahku dari segala
azab kubur dan api neraka-MU, YA ALLAH YA RABBI,lapangkan kubur arwah abahku dan terangilah kubur arwah abahku..YA ALLAH, tempatkanlah arwah abahku di syurga-MU..
amin..

*sesungguhnya doa anak2 yg soleh dan solehah akan di makbulkan oleh ALLAH...




3 comments:

Amalina Azman said...

shida nangis aku baca ni. sedihnyaa. ko sabar je ok. doa byk2 sedekahkan Al-Fatihah Yassin sbb tu je pertolongan yg kita mampu buat skg ni.

iday said...

sayangggg:(

sabar taw,,Allah lagi sayang kat dia,,Doa jer semoga rohnya dicucuri Rahmat & ditempatkan kat tempat orang-orang beriman..

shieda said...

thanx kwn2... :)