Wanita bukan untuk ditipu. Wanita bukan untuk di marah. Wanita bukan untuk di pukul. Wanita untuk disayangi. Wanita untuk di bimbing. Jika dia salah, pernah melakukan kesilapan maka bimbinglah ia ke arah yg benar. Kerana wanita adalah hiasan dunia.

Wanita bukan untuk ditipu. Wanita bukan untuk di marah. Wanita bukan untuk di pukul. Wanita untuk disayangi. Wanita untuk di bimbing. Jika dia salah, pernah melakukan kesilapan maka bimbinglah ia ke arah yg benar. Kerana wanita adalah hiasan dunia.
Selemah lemah manusia adalah orang yang tak boleh mencari sahabat dan yang lebih lemah dari itu adalah mereka yang telah mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
P/s:Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang baik untuk aku. Terima kasih sahabat. Buat sahabat yang tidak tahu menhargai erti persahabatan. Awak hanya sekadar kawan.
Hai...
Hari ni Ahad. Esok isnin. Aku masih di sini. Selangor yang sunyi..semua orang dah balik kampung. Tapi aku esok still pergi keje lagi.. Emmmmm rasa nak jerit kuat kuat. Demam pon tak kebah lagi. Tapi kene keje. Kawan ofis semua cuti lagi. Aku sorang keje. Yes aku mmg pekerja yg berdedikasi..weehhhuuu nak muntah rasa. Ok takpe. Hari rabu korang sume keje aku kat kg tgh cuty..lalalalalalla...
Aku bosan sebenarnya. Ada boyfriend tapi dia bz. Time keje jangan ganggu. Aku harap bos dia boleh naikkn pangkat dia jadi manager. Sebab aku tak pernah jumpa pekerja yang serajin dia.hahaha.
Ok bai.
Saya faham perasaan awk sebagai seorang wanita yg apabila kekasih awk tinggalkan awak sebab pergi dekat perempuan lain.
Saya tahu awak tak knl sy tp sy knl awak..saya selalu stalk awk sbb kisah cinta awak terlalu menonjol dekat fb. Kdg2 sy tahu awak terlalu happy dengan kekasih awak kn.sampai setiap perkara awak nk post gambar tp percaya lah tak semua suka. Saya ckp sbb dulu sy pon mcm tu. But now saya dah realize yg semua tu sbnrnya akn membuat ramai yg mendoaknan kehancuran hbgn kita. Lebih baik diam dah sampai masa kita jemput org ke majlis kita...
Tak pe lah awak kene kuat. Belajar dr kesilapan. Saya penah rasa sakit. Orang yg paling kita sayang berpaling tadah tetiba. Orang yg kita impikan untuk bersama tetiba bersama org lain. Itu adalah perkara yg menyakitkan. Saya harap awak buangkan ego awak kalau awak betol sygkn dia. Kalau awak yakin dia masih sygkn awak dan awak yakin dengan hubungan awak, fight berhabisan. Mmg nmpak mcm bodoh. Macam dah takde laki lain kt dunia ni tp kalau awak yakin dia jodoh awak. Go n fight for him..
Awak..dalam dunia ni Allah akan uji kita dengan ujian2 yg DIA rasa kita mampu hadapinya. Jangan tunjuk kelemahan awak. Kesilapan saya dulu ialah saya terlalu tunjuk kelemahan saya. Sampai saya tak jaga makan minum saya. Berat badan saya susut berkilo kilo. Saya faham ht wanita. Walaupun kita tak pernah bercakap hanya berkawan dlm fb tapi sy faham ape awak rasa sekarang..jgn bersedih. Mungkin apa yg berlaku ada hikmah. Ini ayat yg semua org bg dekat saya. Tapi mmg betol. Semua yg berlaku ada hikmah. Cinta saya makin hari makin bertambah. Saya belajar dr kesilapan lepas. Belajar untuk menghormati org. Belajar menjadi yg lebih baik...
Awak, jadilah wanita yg punya maruah diri. Tak perlu bgtahu semua org kt fb awak ttg hbgn awak skrg ni. Sebab tak semua kesiankn kita. Lebih ramai yg gelakkan awak. Diam lebih baik daripada bersuara.
Berdoa pada Allah agar setiap yg terjadi akan ade penyelesaiannya...
P/s:saya menulis melalui pengalaman..
Hello..
Ni gayanya bila aku dipaksa kena main boling. Bukan main saja saja taw tp ni tournament. Nak buat cemane kalau dah yg paksa tu bos. Nak tak nak redho jela..
Orang kata boling ni game paling senang. Kalau mcm aku ni yg seumur hidup pgg bola pon tak reti diorang kate no worries la shida..you just throw the ball sajeee...ok sound nice la macam simple amek bola hayun je..haha but bola tu dah la berat. Macam aku yg comel2 ni sesuai la amek bola nombor 8. Mula mula baling macam biase go to longkang..lame2 skit baru la ade improvement sikit. Ok la team aku sume on mcm tak hebat. Main just for fun la kan..
Jake dominguez ngan wife dia pon main..hebat diorang ni mesti selalu main ni.haha..
Sekali sekala AMD buat event cam ni bes la jgk kan..dapat eratkan silaturrahim..
Yang pasti aku balik je smlm tangan ni dah krem sebelah. Sampai nk suap nasi pon lemah tp wat lek je..haha...
Assalammualaikum..
Harga minyak naik dah dekat seminggu dah pun tapi hr n8 baru aku nak pos entry pasal ni. Ingat tak de efek ke kt aku pasal harga minyak naik. Dua kupang tu wei ingat sikit ke. Kalau dulu seliter rm 1.90 skrg dah jadi rm2.10.. banyak tu woiii. Kalau dulu mungkinla kalau harga minyak naik aku macam tak ambik port sangat pon. Tapi sekarang bila aku sendiri adalah pengguna minyak tegar baru lah kini terasa kebahangannya kenaikan harga minyak ni. Kalau dulu aku isi rm30 minyak dekat middle tp skrg isi rm40 br dekat middle.Fuhhh dahla miss kemb aku tu makan minyak. Takpelah nak buat camno kan dah pemerintah kita nak jugak naik harga minyak. Nak lawan pon sapalahhh kita ni..Peancapaian diutamakan rakyat dikemudiankan lah katakan..huhu..
So sekarang semua pon dah naik harga. Marilah kita berjimat cermat demi masa depan sendiri.. Peace No War :)
![]() |
ni bile dah start gosip2 |
![]() |
ni tgh senyum2 nak amek gambar tetiba jurugambar tanya aku "dah berak belum"?semua pandang aku..haha |
![]() |
posing2 jap |
![]() |
ayu ayu gituuu :) |
![]() |
yang ni aku tataw nk wt caption hape.. :P |
![]() |
ni sebab syok sngt smpai tertunduk tunduk |
![]() |
dia ni memang suke dengki ttp muka org bila amek gambar |
Air mata aku sangat bernilai. Setiap titis air mata aku sangat bermakna. Dulu aku seorang yang sangat susah nk keluarkan air mata. Kena pukul dengan mak sekuat mana pun aku tak kan kuar kan airmata aku. Sampai mak ckp aku anak yg degil. Bukan tak sakit tapi aku tahan. Pastu bila tido aku akan start mengigau. Bila dah besar pulak yang aku ingat aku nangis sampai tersedu sedan masa abah marah aku. Masa tu sehari sebelum aku masuk u dekat johor. Aku sedih sbb esoknya aku akn pergi jauh tinggalkan abah tapi abah pulak marah aku. Sampai mak datang pujuk aku. Pastu masa aku kena tinggal dekat segamat. Dah la aku datang lambat masa tu. So aku tak de kwn yg kenal. Pegi register semua dengan abe. Pastu masa dah dapat bilik sume mak tolong2 kemas baju aku. Maklumla anak manja. Masa tu abah tak ikot sebab abah br lepas potong kaki. Sampai je masa diorang dah nak balik mata aku dah start merah dah. Tapi aku tahan buat2 cool. Padahal dlm ht ni rase nk meraung. Sampaila bila kete diorg dah jalan aku pon air mata berjurai jurai turun macam air hujan.
Bila dah besar sikit aku jarang nangis. Sampai pernah ade kawan2 aku ckp hati aku keras. Bukan ht aku keras, aku pon punye hati dan perasaan cuma aku tak suka nangis depan orang. Selalu time tido la aku nangis bawah bantal. Aku nangis lagi aku dapat taw abah aku dah tak de lagi kt dunia ni. Time tu aku nangis sedu sedan tapi tak lama sbb pastu aku cool kejap. Pastu bila dah sampai kt umah time tu mmg tak bole tahan tengok sekujur tubuh badan abah kaku depan aku. Airmata aku mmg tak dapat dibendung lagi. Sampai kt kubur pon air mata aku tak kering2. Aku behenti sekejap je nangis tu pon sbb aku lap air mata coz nk cium pp abah. Sejak tu hati aku mudah tersentuh. Bila aku rindu abah aku akan menangis. Masa tu baru lah kwn2 aku nmpak diri aku yg sebenar.
Dah lama aku tak menangis. Tapi sekarang aku selalu nangis. Bukan sebab org marah ke ape tapi kadang2 bila aku kenang ape yg terjadi air mata aku meleleh je kt pipi. Pernah sekali masa dekat ofis dengar lagu je aku dah boleh mengalirkan airmata. Duduk termenung pon aku bole kuakan air mata. Bukan sebab air mata aku ni murah tapi sbb hati aku mudah tersentuh kot. Bukan jenis aku yg menggunakan airmata untuk ambil simpati orang. No! Totally I'm not type of that person. Aku nangis bukan saje2 kononya nak suruh org tu rasa kasihan mintak ihsan orang. Tapi aku nangis sbb aku sedih atau mungkin sbb aku kecewa..
Hari ni banyak yang aku dah belajar dan banyak juga kawan2 aku yang dah ajar aku harga setitis airmata. Percayalah aku akan mengalirkan airmata aku ni hanya untuk orang yang aku sayang dan penting dalam hidup aku.
Wanita ni hati dia mudah tersentuh. Hati dia macam kaca, mudah pecah kalau salah pegang atau tak dijaga dengan betol. Kadang2 menangis sepuas puasnya boleh buat aku tenang. Buat aku rasa lebih semangat. Untuk wanita disana, menangis bukan beerti kita kalah, bukan juga beerti menagih simpati tapi menangis bole menjadikan kita lebih kuat, lebih bersemangat untuk menghadapi hari2 yang bakal mendatang.
Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua yang bwrgelar Wanita :)
Uji lah lelaki yang kita sayang dengan soalan2 yang pernah anda dan dia pernah ade kenangan bersama. Contohnya tarikh anniversary anda, lagu kegemaran anda, makanan kegemaran anda, benda yang anda minati, dan macam2 lagi yang anda rasa sesuai untuk diuji. Dari situ anda boleh menilai samada dia ingat semua or tak pasal diri anda. Mungkin tak semua dia akan ingat tapi percaya lah kalau tidak ada satu pon yang dia ingat, check semula hubungan anda dengan dia. Pasti ada sesuatu. Sebagai pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain no reason untuk dia lupa semua kegemaran or kenangan pasangannya. Itu tandanya dia tak bersungguh dengan anda. :)
![]() |
kawan diploma |
![]() |
kawan sekolah |
kawan degree |
![]() |
kawan degree |
![]() |
kawan kerja p/s:syukur Ya ALLAH kerana kau kurniakan aku kawan kawan yang baik baik. Ya Allah, Pelihara semua kawan-kawanku.. :) |
Hari ni sedih sangat. Rasa nak menangis pon ade. Kenapa la aku dapat kawan macam dia. Aku jarang jumpa kawan yang makan kawan. Tapi kali ni aku dah jumpa kawan makan kawan. Tak pela jgn risau kawanku, hari ni kau buat aku mungkin esok lusa kau akan dapat balasan tu. Aku sedih sbb aku punya kawan mcm kau. Rezeki setiap orang Allah dah tentukan. Tak perlulah kau nak tutup rezeki aku sbb rezeki Allah tu meluas. Tengoklah baru tadi kau khianati aku tak sampai sehari pon kau dah dapat balasan. Aku ikhlas tolong kau. Setiap hari kalau aku doakan untuk kesenangan diri aku, aku takkan lupa doakan untuk kau jgk sbb aku pon nak tengok kita sama2 capai kejayaan. Tak sangka kau boleh khianati aku sampai mcm tu. Takpela aku dh maafkan kau. Sekarang ni aku lebih suka memaafkan org walaupun aku rasa kadang2 perkara tu amat menyakitkan. Aku doakan satu hari nanti kebenaran tu akan muncul..
P/s: jadilah wanita yang disegani orang atas usaha sendiri tetapi bukan atas penindasan ke atas orang lain.
Lagu ni pernah dulu seseorang yang aku sangat sayang bagi kt aku.
Sampai sekarang pun aku sayang dia. Hari ni aku pulak nak bagi lagu yang sama ni untuk dia..
Awak, hayatilah setiap bait ayat lirik lagu ini. Saya pernah menitiskan air mata masa pertama kali awk bg saya lagu ni.
Dan hari ni sy pulangkan semula lagu ni untuk awk.
Walaupun saya jauh beribu batu dengan awk tp setiap doa saya ade bersama awk.. :)
Terima kasih untuk semua kegembiraan yg awak berikan pada saya.
|
Assalammualaikum..
Ramadhan pergi syawal kembali. Terlalu cepat masa berlalu. Ramadhan kali ini terlalu cepat rasanya. Alhamdulillah ramadhan tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidup aku. Alhamdulillah aku dapat menunaikan solat sunat tarawikh. Walaupun tak dapat menunaikan penuh sebulan namun aku aku bersyukur sbb ramadhan kali ni banyak ajar aku erti kehidupan yang hakiki. Terima kasih ya Allah atas segala yang kau berikan padaku hari ini. Syawal tahun ni aku sambut dengan sedarhana. Baju raya aku pakai baju konvo je. Buat apa nak membazir sedangkan baju tu aku hanya pakai sekali. Raya kali juga paling bermakna buat aku. Raya kali ni aku tak dapat lagi duit raya tapi aku yang bagi duit raya. Seronok sangat sebab dapat bagi duit raya dekat mak, dekat anak2 buah. Tiada yg lebih bahagia melainkan aku melihat org yang aku sayang gembira. Allah..terima kasih atas setiap pemberian yang kau berikan padaku hari ini..Ya Allah..berikan aku kegembiraan yang berkekalan hingga akhir hayatku..jauh kan aku dari rasa benci dan dendam.
Semoga syawal akan datang lebih bermakna buatku..amin.. :)
Tahun ni akan sambut raya tanpa abah..Ni dah kali ke 3 beraya tanpa abah. Rindu sangat dekat abah. Rasa macam baru semalam sembang dengan abah. Rasa macam baru lagi abah tanya raya kali ni nak masak ape. Dah jadi rutin harian tiap tahun nak raya abah la org paling sibuk akan tanya semua orang raya nanti nak masak menu ape sbb abah nak beli barang. Sayunya hati ni tatkala raya datang lagi..
Tak pela Allah lebih sygkn abah..Abah pasti tengah gembira kat sana. Walaupun abah tak de lagi kt dunia ni tapi abah sentiasa ada dalam hati ni..
Al-FATIHAH untuk abah.. :)
Saya suke menulis. Dulu masa kecik kecik baru darjah 3 kot saya dah ada diari. Bila kena marah dengan mak saya akan update dalam diari tu. Diari tu sbnrnya buku 555 tu je...
Kadang-kadang hati rasa puas bile dapat luahkan segalanya. Jenis saya, bila saya sedih saya akan cari someone untuk ceritakan masalah saya. Lepas tu hati rasa lega. Tapi kadang2 tak semua orang bole faham masalah kita. Jadi saya pilih untuk menulis. Saya suka kenangan. Sebab kenangan tu buat saya happy.
Saya buat blog ni sebab saya nak semua kenangan saya ni jadi sejarah hidup saya. Saya suka berangan. Sebelum tido saya akan berangan. Pernah dulu saya berangan saya jadi snow white sbb saya suka tengok cite snow white. Tapi bile dah besar-besar ni saya suka berangan pelik-pelik sikit. Berangan kawen, dapat anak, keje bes2..hahaha..tapi skrg saya dh kurang sikit berangan.
Saya menulis untuk kepuasan. Saya dah install blog dalam hp saya. Anytime bila saya bosan or saya rase nak luahkan something saya akan terus update.
Terima kasih Allah sebab bagi saya peluang untuk buat semua ni. Andai satu hari nanti saya dah tak de di dunia ni biarlah setiap kenangan saya ini sentiasa ada.. :)
Assalammuakaikum...
Hari ni saya gembira. Gembira sebab hari-hari saya semakin ceria. Bulan ramadhan bulan yg mulia. Rugi kalau kita mensiakan bulan ni. Mintak la doa sebanyak mungkin pasti Allah akan perkenankan..
Hubungan saya juga semakin hari semakin baik. Selagi kita jaga hubungan kita dengan Allah pasti Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia. Hidup ni simple sangat. Kita yang selalu merumitkan. Saya akui kadang kala saya sendiri yang buat hidup saya rumit. Betul cakap ahmad hafizul, bile kita tanya soalan yang sama hari hari orang akan bosan dan menyampah. Tapi itu la yg selalu sy buat. Kalau kita sayangkan seseorang, kita kena percayakan dia. Belajar untuk menghormati orang lain. InsyaAllah orang lain akan belajar menghormati kita jugak..
Syukur sebab semakin hari dalam hati saya ni makin kurang rasa benci. Saya tak nak penyakit hati ni membelenggu diri saya. Jadi saya kena percaya. Sebab saya yakin.
P/s: ahmad hafizul, terima kasih. :)
Alhamdulillah tahun ni dah bayar zakat fitrah. Seumur hidup saya ini adalah kali pertama saya bayar zakat fitrah untuk diri sendiri. Sebelum ni arwah abah yang bayarkan. Tahun lepas abah dah meninggal so abe yang bayarkan. Tahun ni saya dah kerja. Saya dah ade duit sendiri. Jadi saya bayar sendiri. Pergi tanye amil tu camane nak bayar zakat, saya ni 1st time. Amil tu senyum je. Pastu dia suruh duduk. Dua suruh baca ayat no 1..lepas saya baca ayat tu dia bacakan doa untuk saya.. alhamdulillah rase bersyukur sgt sbb dah selesai bayar zakat.
Kadang-kadang saya rase bertuah sbb setiap yang berlaku ade hikmah. Contoh macam kakak-kakak saya diorang tak pernah bayar sendiri zakat fitrah. Sebab dulu semua abah yang bayarkan. Lepas tu dah kawen suami diorang bayarkan. Macam saya, saya dh bole bayar sendiri. Saya tak nak mengharap abang saya lagi sbb saya dah bekerja kan..
Hidup ni sebenarnya indah kalau kita menikmatinya dengan seikhlas hati. Lebih indah kalau kita berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu. Percayalah Allah tak akan mempersiakan setiap doa hambanya.
Yakinlah bahawa setiap orang berhak untuk merasa bahagia. Diri kita yang akan mencorakkan kehidupan kita. Bertaubat lah selagi kita masih bernyawa kerana pintu taubat tak pernah tertutup untuk kita..
Alhamdulillah..
Dengan izin Allah, hidup ini makin bermakna..
Ku harapkan agar hidayah yang ku dapat kali ini akan kekal hingga hujung nyawa.
Berubah bukan kerana manusia tapi kerana Allah S.W.T..
Berubah setelah mendapat ujian dari yang Maha Esa..
Ku syukuri atas segalanya..
Ramadhan kali ini adalah yang paling bermakna buat diriku..
Terima kasih Ya Allah atas segala ujian yang kau berikan padaku..
Aku balajar dari kesilapan..
Aku belajar memaafkan orang..
Aku belajar untuk menjadi manusia..
Aku belajar menghormati orang lain..
Aku belajar untuk menjadi kuat dan tabah walaupun hakikatnya aku tak kuat..
Terima Kasih Allah :)
Sakit.perit.pahit.
Semua tu akan berakhir kalau kita percaya.
Sukar untuk percaya. Tapi harus. Sebab sayang.
Buang jauh jauh rasa benci. Buang jauh jauh rasa dendam.
Cuba belajar memaafkan orang. Belajar untuk memahami. Belajar untuk menjadi dewasa.
Hati tenang bila kita percaya.
Bagi peluang kedua untuk mempercayai.. :)
InsyaAllah hidup lebih diberkati..
Hati kau lembut shida.kenapa kau masih nak bersabar dengan semua ni shida? Kenapa kau baik sgt shida? Dah mcm2 diorang buat kau? Kenapa kau masih macam ni shida? Kau kena move on shida.
Aku tak tahu kenapa aku macam ni.dulu aku seorang yg kuat.aku tak lemah macam ni.tapi skrg aku nk berubah.aku nak jadi wanita.wanita yang lebih memahami.
Tapi kau dah nampak petunjuk kan? Kau doa hari2 mintak Allah bg kau petunjuk kan? Tapi kenapa kau still macam ni? Kau kena hormat diri kau shida. Baru orang akan hormat diri kau. Sejahat mana pon kau, kau dh sedar sekarang. Kau kena move on shida. Kau mesti!
Ya Allah..jika ini adalah petunjukMu kepadaku bahawa dia bukan yg terbaik untukku aku redha menerimanya..
Aku wanita lemah serba kekurangan.Tak layak untuk dibandingkan dengan Sumaiyah yg digelar wanita kental memperjuangkan agama.Iman aku nipis, hati aku halus, jiwa aku kosong, setiap kali di timpa bencana, air mata menjadi peneman setia.
YA ALLAH..jika ini takdir aku, aku redha Ya Allah..sesungguhnya kau gantikan lah kehilangan ini dengan yg lebih baik dr ini Ya Allah..
Sakit ini aku terima atas perbuatan aku dulu.sakit ini juga mengajar aku tentang nilai kehidupan.Hidup ini indah jika kita menikmatinya dengan penuh keikhlasan.
Ya Rabb..aku memohon padamu..hilangkan rasa sakit ini dan gantikan lah ia dgn Kegembiraan..hilangkan rasa dendam dalam jiwa ini ya Allah..jauhkan aku dari perasaan hasad dengki..putihkan hati ku bersihkan jiwa ku..sucikan rohaniku..bentuklah ia menjadi sebuah bunga yg mekar segar mewangi..
Amin...